Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dia lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan lebih mempercayai pemimpin DAP berbanding pemimpin dalam UMNO semasa berucap di Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak baru-baru ini sebenarnya adalah kerana dia sudah termasuk perangkap parti tersebut.
Menurut Senator Ezam Mohd Nor, Anwar sebenarnya sudah menjual maruah diri ketika dia bersetuju untuk menerima Karpal Singh sebagai peguambela dalam kes liwat dirinya.
“Ini jelas adalah perangkap DAP untuk ‘ikat’ Anwar. Walaupun dahulu Karpal sendiri pernah mendakwa Anwar seorang peliwat di Parlimen, namun oleh kerana terdesak perlukan sokongan untuk kekal relevan dalam politik negara ini, Anwar sanggup bersekongkol.
“Anwar akan dikenang dalam sejarah sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang sanggup khianat kepada agama dan bangsanya sendiri semata-mata kerana mahu memenuhi cita-cita dan perihal peribadi dirinya. Kenyataan secara terbuka sanggup menjadi kuda tungggangan DAP adalah manisfestasi paling jelas pengkhianatan Anwar kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya Ezam.
Tambah Ezam, setiap individu beragama Islam/Melayu yang waras akal fikirannya tidak akan sama sekali bersetongkol dengan parti DAP kerana parti ini sudah terang lagi bersuluh parti tersebut adalah sebuah parti rasis sejak PAP lagi yang tidak pernah iktiraf kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu dalam perlembagaan dengan slogan Malaysia Malaysian.
“Oleh itu, saya minta agar rakyat negara ini membuka minda dan menilai bagaimanakah sifat manusia bernama Anwar Ibrahim. Setiap tutur bicara yang keluar dari mulutnya telah banyak terbukti adalah penipuan. Adakah orang sebegini yang sanggup menjual diri, agama bangsa dan negara mahu kita angkat menjadi seorang pemimpin negara?” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment