Nuffnang Ads

Thursday, 17 May 2012

Siapa Sokong DAP Bukan Rakyat Malaysia



Lim Guan Eng, Cina asal Melaka tapi dapat jadi KM Pulau Pinang hangat menuduh sapa baca Utusan Malaysia bukan rakyat negara ini.  Ewah-ewah, pandai-pandai je nak ukur rakyat tak rakyat daripada surat khabar apa dia baca.  Ini mesti perisikan Singapork sudah maklum kepada LGE tentang pengaruh Utusan dan maka itu LGE sebagai anjing Singapork, diminta menyerang surat khabar itu.

Kita semua tahulah DAP ini parti apa. Kalau hari ini DAP keluar 'statement' akan junjung perlembagaan Malaysia dan terima seadanya, penulis rela jadi tukang kempen untuk orang Malaysia ni terutama Melayu ramai-ramai sokong DAP – tapi sokong DAP  masuk Barisan Nasional (BN) la.

Tapi tak begitu keadaannya. DAP penuh dengan orang Cina (di sebalik cakap bahawa DAP sebuah parti berbilang kaum), bukan tidak bersebab. DAP kurang atau tidak dapat sokongan Melayu pun begitu juga pun bukan tidak bersebab. Nak memanggil DAP ini komunis, mungkinlah keterlaluan tapi kalau agen Singapork, itu memang tepat dan memenuhi konteks, walau dikaji sejak awal penubuhan DAP pun.

LGE siapa berani nak panggil pembaca Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia? Elok tanya diri sendiri balik, kesetiaan DAP tu kepada Malaysia atau kepada Singapork? Penubuhan DAP sendiri siapa yang asaskan kalau bukan Devan Nair, wakil Lee Kuan Yew di Malaysia.  Buktinya, bila dah DAP 'establish', dia balik semula ke Singapork.

DAP nak tuduh Utusan dan BN main isu perkauman?  DAP sekarang hanya dipenuhi orang Cina apakah bukan sebab perkauman?  Kenapa DAP daripada dulu sampai sekarang tak boleh diterima majoriti penduduk Malaysia ini sebagai parti berbilang kaum?  Apa yang DAP janji kepada orang Cina?  Hak kesamarataan (equal rights). Apakah hak sama rata ini memenuhi asas perlembagaan? Cuba LGE tanya diri sendiri balik, lepas tu baru boleh persoal kerakyatan orang lain.

Orang Pulau Pinang mana yang belum sedar, boleh sedarlah sekarang. Beri undi kepada DAP dan sekutu-sekutunya sehingga membentuk Kerajaan di Pulau Pinang itu, sama beratnya dengan serah sebahagian tanah Malaysia ini kepada Singapork.  Buktinya dah dapat kita lihat hari ini, orang India dan Melayu, secara tersusun di pinggir ke tanah besar, bahagian dalam pulau semua dipenuhi orang Cina. Harga rumah melambung tinggi, kalah pulak tanah di Kuala Lumpur sehingga orang asal Pulau Pinang (temasuk Cina) pun tak mampu nak beli atau tak mahu nak beli pasal tak berbaloi. Siapa yang kemudiannya mampu beli kalau bukan Cina dari Singapork.

Dengan DAP sebagai kerajaan di Pulau Pinang, kita sebenarnya dalam bahaya, baik daripada segi keselamatan apatah lagi perpaduan. 

Sebab kita bercakap begitu ialah, kita tahu yang mendedahkan ‘maklumat teknikal’ kes liwat Anwar Ibrahim kepada Lee Kuan Yew dan perisikan Singapork ialah DAP.  Tiada orang lain yang lebih tahu kes liwat Anwar Ibrahim daripada segi teknikal selain daripada barisan peguamnya yang diketuai orang DAP.  Kalau kes Anwar pun, DAP boleh dedah kepada Singapork dan perisikannya, apa lagi yang lain.  Kita jangan lupa, Pengkalan Udara Butterworth ada dalam kawasan Pulau Pinang, itu kawasan strategik sebab tempat di mana F/A-18D kita berpengkalan. 

Jadi DAP hebat sangatkah nak tunjukkan dirinya sayangkan negara ini? Kalau ada peperangan dengan Singapork, kita percaya orang-orang DAP macam LGE dan LKS yang akan lari menyeberang tambak dulu.  LGE tak payah pertikai status rakyat orang lain hanya kerana surat khabar apa yang dia baca sedangkan status LGE sebagai rakyat Malaysia yang cinta dan sayangkan negaranya pun masih boleh dipertikaikan lagi.

Memang Pakatan Rakyat (PR) sokong perlembagaan tapi PR itu tidak rasmi, macam pakat orang kahwin, tidak didaftarkan dan layak bertanding atas satu lambang dan satu tujuan.  Jadi tak boleh percaya dengan pakatan, yang wujud hanya DAP, PAS dan PKR.

Dengan DAP tidak menyokong perlembagaan, siapakah sebenarnya yang tidak layak jadi rakyat Malaysia?
Kesimpulannya…

DAP adalah parti yang diperalatkan Singapork untuk menguasai Malaysia.  Layakkah ahli parti yang sebegini dan sekutu mereka terus menerus jadi rakyat Malaysia?

Jawapannya, tidak!

No comments:

Post a Comment