Nuffnang Ads

Friday, 11 May 2012

BERSIH 3.0: Peniaga Protes Sambil Jual Burger Depan Rumah Ambiga


Seorang peniaga burger membuka gerai burger di depan rumah Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1,Bukit Damansara,Kuala Lumpur sebagai tanda protes perniagaannya terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.


Peniaga itu adalah salah seorang dari 20 orang termasuk peniaga dari sebuah NGO yang dinamakan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menyertai protes selama hampir sejam di depan rumah Ambiga mulai jam 2 petang, hari ini.
Difahamkan tujuan protes diadakan di depan rumah Ambiga untuk memberi pengajaran kepada Pengerusi BERSIH itu, bagaimana yang dirasai oleh para peniaga kecil apabila perniagaan mereka terpaksa ditutup ekoran demonstrasi BERSIH 3.0 itu.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah  berkata, mereka akan memanggil lebih ramai penjaja kecil membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Ambiga jika sekiranya Pengerusi BERSIH itu tidak mahu melayan tuntutan ganti rugi peniaga akibat perhimpunan Bersih 28 April lalu.

Pengerusi Bersih 2.0 diberi tempoh dua minggu untuk memberikan respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.
“Kami mahu Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu,” katanya.
Katanya, Ambiga juga masih perlu menjelaskan ‘hutang’ berjumlah RM 817,205 kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran Bersih 2.0.
Rumah Ambiga kelihatan dikawal ketat oleh tiga orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.
Ambiga yang berada di rumahnya turut mengadakan sidang media sejurus selepas itu menyatakan kekesalan dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes di hadapan rumahnya.
“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh sehingga mereka boleh datang ke kediaman dan mengganggu privasi saya serta seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah pemimpin negara yang ulas, saya tunggu.
“Saya tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan bayar ganti rugi baru saya akan bayar begitu juga kalau mahkamah suruh minta maaf, mungkin saya akan lakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment