Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku. Kalau ikut versi gelembong Datuk Seri Nizar Jamaluddin beliaulah yang muncul hero dalam kejadian menceroboh ke atas pentas ceramah Umno di Kampung Tualang Sekah di Kampar, Ahad malam.
Tanpa diduga bekas Menteri Besar Perak PAS ini naik dan duduk di atas pentas pada ceramah bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’ yang berlangsung di situ. Nizar dijadual hadir pada satu ceramah pakatan pembangkang kira-kira 100 meter dari situ.
Pagi Isnin menerusi laman twitternya, Nizar dengan bangga berkata: Saya menghadiri ceramah Umno yang menggodam saya di Tualang Sekah, Kampar oleh YB Dato' Shaarani dan Hanafiah Man. Mereka panik dan pucat.
Hadir pada ceramah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Shaarani Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan dan pegawai Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Perak , Hanafiah Man.
Pada kejadian sekitar jam 9.45 malam itu, Nizar tiba-tiba naik dan duduk di kerusi Hanafiah yang kebetulan sedang memberi ceramah. Maka beliau duduk di sebelah Radzi di situ.
Betul ke semua orang muka pucat lesi dan panik melihat orang yang tengah mereka godam naik ke atas pentas?
Hanafiah yang juga bekas Pengarang Agendadaily tertawa mendengar dakwaan Nizar itu.
Ketika dihubungi petang Isnin untuk menceritakan kejadian itu, Hanafiah yang pernah bertanding sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum 1999 berkata, sebaliknya Nizar yang jadi macam orang bodoh atas pentas itu.
Menurutnya, ceramah itu tetap diteruskan waktu itu sekalipun Nizar terpacak di situ.
“Biasalah dia terpaksa tunjuk hero konon…dakwa sergah kami di ceramah…selepas buat kerja bodoh itu,” katanya.
Mengenai dakwaan Nizar beliau tiba-tiba terus tukar topik hentam Datuk S. Ambiga bos Bersih pula bila melihatnya di situ, Hanafiah berkata ‘mengarutlah’.
Katanya beliau tidak tukar topik kerana kebetulan waktu itu hendak bercakap tentang Ambiga.
“Dalam ceramah di depan Nizar sendiri, kemudiannya saya terus bercakap mengenai beberapa pembohongannya…saya tengok mukanya macam orang bodoh ketika itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment