Nuffnang Ads

Monday, 14 May 2012

DAP dicabar keluar kenyataan terbuka


MCA mencabar DAP mengeluarkan kenyataan terbuka berikutan janji parti itu terhadap masyarakat Cina Johor yang akan menamakan Menteri Besar dadalam kalangan bukan beragama Islam jika mereka menjadi parti pemerintah di negeri ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau mempersoalkan tindakan DAP baru-baru ini yang hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut melalui sebuah akhbar berbahasa Cina dan bukannya secara terbuka.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi dan ketelusan, DAP sepatutnya membuat kenyataan akhbar tersebut secara meluas agar masyarakat tahu perkara sebenar.

"Saya yakin mereka tidak berani kerana sehingga hari ini, mereka hanya memberi harapan palsu selain hanya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas bagi meraih sokongan masyarakat Cina di negeri ini.


"Jika DAP berani, saya cabar mereka untuk membuat kenyataan terbuka. Jika tidak, bermakna benarlah bahawa mereka sebenarnya mahu menyokong dan membantu Pas menjadi ketua pemimpin di peringkat negeri dan pusat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Pelancaran dan Pelepasan Kembara Mahkota Johor 2012 di perkarangan TJ Mart Saleng, di sini, yang dilancarkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum konvoi 30 motosikal berkuasa tinggi dilepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas ucapan Najib pada majlis itu, Soi Lek berkata, program transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan banyak membawa perubahan terhadap negeri ini melalui pembangunan infrastruktur dan pendidikan dengan terbinanya banyak institusi pengajian tinggi.

"Bayangkan jika negeri ini dipimpin pembangkang, pasti banyak pelaburan serta kemajuan yang boleh dibangunkan di Johor akan terlepas serta tidak dapat dilaksanakan.

"Justeru, kesinambungan kepimpinan penting bagi memastikan koordinasi serta pelaksanaan menjadi lebih mudah dan lancar, sekali gus memberi kesenangan kepada rakyat di Johor," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment