Nuffnang Ads

Tuesday, 8 May 2012

Ambiga Wajib Dilucutkan Kerakyatannya – Rosli Mat Hassan

Desakan supaya kerajaan melucut kerakyatan Datuk S.Ambiga sekali lagi berkemundang di negara ini. Jika sebelum ini gesaan itu dibuat ekoran tindakan beliau menyokong program mempromosi Seks Bebas Seksualiti Merdeka di negara ini pada tahun lalu, kini desakan itu dibuat disebabkan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini.


Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, pemimpin-pemimpin tempatan di Dungun sebulat suara mendesak agar kerakyatan Datuk Ambiga ini dilucutkan memandangkan penglibatannya sebagai penganjur Perhimpunan Ganas Bersih 3.0 baru-baru ini.
“Kita akan desak kerajaan, kalau boleh buat keputusan muktamad agar Ambiga ini digugurkan kewarganegaraannya dan kerakyataannya kerana orang seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan undang-undang malah konsep kedaulatan keluhuran perlembagaan kita.
“Orang macam ini kita tidak perlulah. Kita tak marah kalau orang nak berpolitik dan sebagainya, tetapi sampai menghina undang-undang negara, sehingga menjatuhkan imej tanahair negara kita, apatah lagi tercetusnya huru-hara, ini bukan lagi zamannya. Tindakannya menjejaskan keharmonian serta merosakkan harta awam,” ujarnya ketika ditemui selepas Larian Bendera UMNO Sempena Ulang Tahun UMNO ke 66 tahun peringkat Daerah Dungun di sini Ahad.
Ujarnya, UMNO Bahagian dan NGO daerah Dungun dijangka akan membuat laporan polis terhadap tindakan Ambiga ini dalam masa terdekat ini.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Ambiga sudah ‘naik lemak’ dengan sikapnya yang semakin melampau dan perkara itu perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Kenyataan Syed Anuar itu sebagai mengulas tindakan Ambiga menyokong program mempromosi Seks Bebas Seksualiti Merdeka iaitu membela nasib pengamal seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini.

No comments:

Post a Comment