Nuffnang Ads

Wednesday 9 May 2012

Sebar Gambar Lucah Azmin Perbuatan Musuh Dalam Selimut


Bekas pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zahid Mat Arip berkata, sejak tersebarnya gambar-gambar aksi terlarang individu yang didakwa adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, beliau awal lagi telah menyakini bahawa perbuatan itu adalah perbuatan orang dalaman parti itu sendiri yang merupakan musuh dalam selimut Azmin.
Katanya, Azmin patut sedar bahawa bukan semua orang di dalam parti PKR yang menyukai dirinya.
“Ramai sebenarnya yang tidak suka dengan Azmin tetapi terpaksa kunci mulut kerana Azmin ibarat bayang-bayang Anwar Ibrahim. Oleh itu, tidak mustahil, untuk menjatuhkan Azmin, mereka memasang perangkap sebegini.
“Azmin tidak boleh terus perasan bahawa dirinya sentiasa mendapat sokongan ahli PKR. Tersebarnya gambar-gambar aksi melampau Azmin ini adalah satu bukti bahawa dirinya tidak disukai,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Selain itu jelas Zahid, tindakan Azmin yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas penyebaran gambar-gambar aksi terlampau itu adalah satu modal usang tinggalan penjajah.
“Carilah modal lain. Jangan bila timbul isu hasil dari kesilapan sendiri, asyik nak salahkan UMNO dan BN.
“UMNO dan BN tiada kaitan langsung di dalam isu ini. Bagaimana mungkin orang UMNO dan BN boleh memasang kamera tersembunyi di tempat Azmin malah Azmin sendiri memang dikenali sebagai seorang yang sangat cerewet dan sentiasa berhati-hati. Jadi, ini semua adalah perangkap yang dipasang oleh orang dalam sendiri,” ujarnya.
Baru-baru ini, beberapa blog telah menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang itu yang dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Ini merupakan kali kedua pemimpin PKR dikaitkan dengan skandal seks. Sebelum itu Anwar kaitkan dengan rakaman video lucah bersama seorang pelacur. Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia konspirasi politik bagi menjatuhkan beliau sebagaimana kenyataan Azmin yang bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan
Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak telah menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog baru-baru ini.
Azmin dilaporkan berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

No comments:

Post a Comment