Malam sambutan Tahun Baru 2013 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) di dua lokasi berasingan di negeri ini dilihat daripada pelbagai sudut pandang dan persepsi berbeza para pemerhati sementelah ini adalah tahun penting, tahun 'ibu segala pilihan raya'.
Di blog-blog misalnya beberapa gambar dipaparkan bagi menonjolkan program anjuran siapa yang mendapat sambutan lebih baik dan paling penting program mana yang memberi pengisian dan faedah lebih banyak kepada rakyat.
Mengambil kira kedua-dua program ini diadakan di awal tahun bakal berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), elemen politik pastinya tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua parti politik ini.
Menurut Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, Karnival Sayangi Selangor ini mencapai sasarannya untuk menarik masyarakat Malaysia terutama sekali golongan muda mengisi masa cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru 2013 dengan menjalankan aktiviti berfaedah di samping mampu merapatkan hubungan kekeluargaan bersama BN.
"Pertamanya daripada segi pengisiannya. Perkara yang kita bangunkan melibatkan penyertaan golongan muda seperti larian belia pagi itu, selepas itu, peluang pekerjaan, hari keluarga, selain itu memudahkan menyelesaikan masalah saman, pendaftaran diskaun untuk komuter, secara naturalnya pengisian kita ini memang untuk memenuhi permintaan golongan muda.
"Jadi mereka datanglah hendak rebut peluang," katanya.
Ditanya bagaimana program berkenaan dapat menarik kelompok-kelompok tertentu dalam meraih sokongan politik dan sambutannya, Zin berkata, penerimaan yang ditunjukkan cukup baik dan ia suatu petanda positif.
"Kalau orang datang hendak bergaul dengan kita, apa maknanya? Kalau orang menyampah kita, orang datang tak? Sama ada mereka datang untuk sokong atau tidak tetapi sekurang-kurangnya, mereka tidak menyampah dengan kita.
"Terpulang kepada kita lah bagaimana kita hendak meyakinkan mereka tetapi saya rasa tentu lah ada 'feel good factor', betul tak?" katanya.
Zin turut membidas pihak yang membandingkan program anjuran Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sambil berkata, "mana boleh hendak bandingkan penonton Ustaz Azhar dan penonton kita?"

"Kalau hendak katakan program kita tidak ada unsur kebajikan, kita adakan program santai bersama keluarga, selepas itu beri peluang pekerjaan kepada belia, bukankah itu satu kebajikan?" katanya.
Difahamkan sekitar 100 badan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian sebagai tanda sokongan penganjuran Karnival Sayangi Selangor ini.
Sementara itu, PR pula memilih mengadakan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang dimeriahkan dengan kehadiran penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus.
Majlis turut menjemput beberapa orang selebiriti tempatan seperti Aziz M Osman, Diana Amir, Abby Abadi, Kamal Adli dan Malek Noor berkongsi pengalaman penghijrahan mereka.

Mai Pikiaq Pi: 'Ibu segala pilihan raya' tahun 2013 penentu masa depan rakyat... Jadi undilah parti yang sudah terbukti menjaga kebajikan rakyat!
No comments:
Post a Comment