Nuffnang Ads

Thursday 31 January 2013

Pas pecat Nasha untuk senangkan hati DAP


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haji Ruslan Kassim menyifatkan pemecatan bekas timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa sebagai satu tindakan untuk menyenangkan hati rakan sekutu mereka, DAP.
Menurut beliau, penyingkiran Nasharuddin Mat Isa itu sememangnya sudah dijangkakan apabila dalam banyak hal, bekas timbalan Presiden Pas itu lebih mendahulukan kepentingan Islam daripada kepentingan dan pendirian parti Pas.
“Senario ini memang saya sudah agak ianya akan berlaku. Ini memandangkan apabila Pas melihat bahawa  Ustaz Nasha tidak boleh dicucuk hidung untuk bersetuju atas apa jua keputusan parti. Apatah lagi, beliau juga banyak membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak DAP malah mengkritik DAP secara terbuka apabila melibatkan hal-hal Islam.
“Ternyata sikap dan pendirian Ustaz Nasha yang begitu tegas dan tidak berkompromi dalam isu-isu melibatkan Islam dan umatnya, tidak disenangi oleh Pas terutamanya dalam menjaga hubungan mereka dengan DAP.
“Kita semua sudah sedia maklum, bahawa Pas memang tunduk dengan DAP selam ini. Jadi bagi saya, pemecatan Ustaz Nasha ini adalah untuk menyenangkan hati DAP sebenarnya,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya, pemecatan Nasharuddin cukup untuk membuktikan bahawa sesiapa saja yang di dalam kepimpinan parti yang mengkritik atau mencari pasal khususnya dengan DAP akan menerima nasib yang sama.
“Inilah yang berlaku pada Dr Hassan Ali. Hari ini, perkara yang sama juga berlaku kepada Ustaz Nasha.  Biarpun belum dipecat daripada parti, namun proses tindakan untuk menyingkir beliau secara perlahan-lahan sedang berlaku.
“Selain daripada dipecat, nama beliau juga tidak dicalonkan untuk bertanding semula. Semua ini jelas, bahawa Pas tidak boleh menerima individu atau pemimpin di dalam parti mereka yang mendahului kepentingan Islam dan umatnya.
“Apa yang kepimpinan Pas pentingkan hari ini ialah survival politik mereka, serta hubungan baik dengan DAP. Sebab itu, siapa saja yang tidak sependapat dengan DAP, tidak akan mendapat tempat di dalam kepimpinan Pas,” tegasnya.
Mai Pikiaq Pi: MPP hilang rasa hormat kepada kepimpinan parti yang selama ini kononnya memperjuangkan Islam.... 

No comments:

Post a Comment