Nuffnang Ads

Monday 14 January 2013

#KL112 bukti kerajaan tunai janji - UMNO


Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang turut dikenali dengan nama #KL112, anjuran Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara semalam menunjukkan Akta Perhimpunan Aman 2012 adil untuk semua lapisan masyarakat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pemimpin pakatan pembangkang selepas ini perlu menutup mulut daripada mengkritik akta itu kerana ia telah memberi ruang kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan dengan lebih mudah daripada sebelum ini.
Menurutnya, hasil daripada perhimpunan itu, Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya gagal menghormati hak rakyat apabila melanggar sebahagian daripada 27 syarat yang digariskan pihak berkuasa.
Katanya, penganjur gagal mengikut peraturan yang ditetapkan dengan membenarkan peserta membawa kanak-kanak, selain kain rentang bercorak provokatif.
“Daripada perhimpunan itu juga jelas menunjukkan bahawa pembangkang gagal menarik perhatian rakyat untuk menghimpunkan seramai satu juta orang apabila ia hanya dihadiri oleh hampir 40,000 ahli parti mereka,” katanya kepada media, semalam.
Penganjur mendakwa mereka berjaya menghimpunkan lebih 100,000 orang, dengan mengambil kira peserta yang berada di luar Stadium Merdeka.
Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan peserta 30,000 memasuki kompleks bersejarah itu.
Puad berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, pelajar sekolah, warga emas dan golongan kurang upaya bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bakau Condong, hari ini.
Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, perhimpunan itu juga membuktikan bahawa pembangkang kehabisan modal kerana sering menimbul isu lapuk seperti pilihan raya bersih, pelajaran percuma dan menurunkan harga minyak.
“Sebaliknya pakatan pembangkang diminta menyelesaikan dahulu masalah yang membebankan masyarakat seperti masalah air, kegagalan memberi pendidikan percuma dan wang ihsan bagi ibu tunggal di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Pakatan pembangkang tidak perlu terus menabur penipuan terhadap rakyat dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan kerana perbelanjaan itu boleh digunakan untuk menunaikan janji-janji manis yang ditabur sebelum ini,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: #KL112 gagal capai sasaran 1 juta peserta....

No comments:

Post a Comment