Pelbagai pihak hari ini senada berpendapat perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka tidak mencapai sasaran jumlah kehadiran yang dijanjikan.
“Mungkin ini adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar jangan terlalu gelojoh meletakkan angka dalam himpunan yang dibuat.
“Itu adalah sindrom ‘over confident’ dan sindrom seperti itu kerap memakan diri.
“Isunya mudah…bila anda mencanangkan jumlah satu juta…maka haruslah ia mencapai satu juta. Paling tidak setengah juta pun ok lagi…kata orang boleh tutup sebelah mata,” lapor mynewshub
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst Comm Zainuddin Ahmad dalam sidang media hari ini menganggarkan kehadiran peserta sekitar 45,000 orang di mana stadium itu boleh memuatkan sejumlah 40,000 orang di tempat duduk dan padang.
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah sambungan daripada BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 dan Janji BERSIH yang dianjurkan pakatan pembangkang sebelum ini.
Kecuali BERSIH 1.0 diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), empat perhimpunan selanjutnya dirancang untuk menghadapi PRU13.
Sudah menjadi lumrah manusia, tiada lagi keterujaan jika perkara sama dilakukan lebih daripada dua kali.
Sudah tentu perancangan untuk mengadakan empat perhimpunan dalam satu penggal bertujuan untuk memberi keuntungan politik kepada pakatan pembangkang, namun mampukah ia diterjemahkan dalam peti undi kerana perhimpunan dan peti undi adalah dua perkara yang berbeza.
Apakah HKR terbaru itu mampu mencapai impak positif kepada pembangkang ? Atau mungkin perlu diadakan satu lagi HKR dalam masa terdekat ini untuk mencapai target sasaran penyertaan yang lebih ramai ?
Yang pastinya, sesuatu yang dilakukan mempunyai impak positif dan negatif, mungkin tanpa disedari pembangkang, akan berlaku impak yang tidak dijangka kerana matlamat pengundi yang hadir di stadium hari ini tidak sama dengan pengundi di seluruh Malaysia yang tidak disertai HKR itu.
Apatah lagi banyak janji ditabur pembangkang di jalanan seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Penganalisis politik, Dr. Kaisan Abdul Rahman berpendapat, majoriti rakyat Malaysia menolak sebarang perhimpunan yang berbentuk revolusi ala-Arab atau Arab Springs selepas melihat kesan buruk berpanjangan akibat revolusi seumpama itu.
Dr. Kaisan memberikan lima alasan kenapa rakyat akan menolaknya iaitu;
* Amalan demokrasi di Malaysia terbukti sudah cukup baik dengan pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali tanpa gagal dan proses demokrasi yang mapan sehingga membawa kemajuan negara yang membanggakan dan kesejahteraan hidup rakyat.
* Melalui pilihan raya umum, rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu dan suara majoriti sentiasa dihormati dengan bukti yang jelas apabila empat negeri kini diperintah pembangkang.
* Rakyat Malaysia yang bijak tahu muslihat sebenar di sebalik percubaan untuk mencetuskan huru-hara yang didalangi pembangkang, yang bukan untuk memenuhi tuntutan yang mereka dakwa, sebaliknya untuk kepentingan pemimpin pembangkang yang rakus untuk berkuasa walaupun dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat dan imej negara.
* Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang disangka oleh pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, apatah lagi mengorbankan keamanan dan kerukunan hidup serta merosakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap yang telah dibina sejak lebih 50 tahun lepas.
* Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional sekarang begitu telus, malah sentiasa berusaha memperbaiki prestasi untuk meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai program dan bantuan, yang mana di negeri-negeri diperintah pembangkang hanya tinggal janji kosong.
“Saya yakin berapa kali lagi pun pembangkang menganjurkan perhimpunan, ia tidak akan berhasil mencetuskan Arab Springs, malah akan membuatkan rakyat lebih membenci kerakusan pembangkang. Rakyat Malaysia sangat menghargai keamanan yang dinikmati sekarang,” katanya kepada Bernama.
Namun, dari sudut lain, tanpa disedari HKR yang diadakan pembangkang hari ini mengesahkan kematangan demokrasi di Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana pada tahun 2012 beliau telah memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman (APA).
Dan dengan APA ini juga pembangkang mampu berhimpun di Stadium Merdeka dengan aman.
Mai Pikiaq Pi: #KL112 bukti Himpunan Kebangkitan Rakyat aka Himpunan Shamsidar tidak mendapat tempat di hati rakyat... Rakyat sudah muak dengan helah lapuk pihak pembangkang...
No comments:
Post a Comment