Nuffnang Ads

Thursday, 10 January 2013

Kenyataan Presiden Pas Membelakangi Majlis Syura Ulama


Kenyataan dua pemimpin tertinggi PAS yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama adalah membelakangi Majlis Syura Ulama PAS, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Hasan Basri.
Katanya, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendahului Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jan ini.
Hasan yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Selangor berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin itu lebih bersifat politik dan menunjukkan PAS hanya menjadi “pak turut” kepada DAP untuk mendapat undi.
Beliau berkata, isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikhuatiri boleh menyesatkan generasi muda Islam.
Mai Pikiaq Pi: Sudah jelas Pas hanya menggunakan nama Islam semata-mata meraih undi, walhal mereka sama sahaja macam parti yang lain lebih mementingkan entiti politik semata-mata....

No comments:

Post a Comment