Nuffnang Ads

Monday 14 January 2013

Makin Parah: 200 Akademik, Kakitangan KUIS Tuntut Hak


Tindakan 200 orang ahli akademik dan kakitangan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menghantar memorandum kepada Rektornya merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan pentadbiran regim pakatan DAP, PKR dan Pas di Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, setelah Yayasan Selangor merobohkan asrama pelajar miskin di Kg. Pandan, UITM Selangor tidak diluluskan pembinaannya, UNISEL mengalami kerugian puluhan jutaan ringgit, kini KUIS pula menerima bahana kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim.
“Kakitangan mana yang tidak marah bila sudah dua tahun gaji tak naik, elaun sudah 6 bulan tidak dibayar dan kebajikan kakitangan diabaikan – inilah antara bunyinya memorandum yang diserahkan oleh ahli akademik dan kakitangan KUIS,” ujarnya mengulas kemelut baru yang melanda pentadbiran kerajaan pakatan di Selangor.
Sehubungan dengan itu tegasnya, GAPS mendesak empat perkara wajar dilakukan untuk menyelesaikan kemelut di KUIS.
Pertama jelas beliau, DYMM Sultan Selangor wajar campur tangan kemelut yang semakin serius ini kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh MAIS.
Dalam masa yang sama tambah beliau lagi, sebuah Jawatankuasa bebas harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan oleh memorandum yang diserahkan.
“Rektor KUIS harus bersikap lebih mesra rakyat dengan menggunakan pendekatan dialog dan berhemah dalam menangani setiap masalah dan polemik yang timbul dan sebarang proceeding disiplin yang sedang dibuat sekarang terhadap mereka yang menandatangani memorandum itu harus ditarik balik dan dihentikan sama sekali.
“Nampaknya, Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS hanya mengoyangkan kaki. Tatkala MAIS sentiasa memberikan bantuan kewangan kepada KUIS yang sudah mencecah hampir ratusan juta ringgit, malang sekali kerajaan negeri Selangor langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada KUIS dalam masa empat tahun ini.
“Kenapa? Mungkinkah disebabkan KUIS mempunyai objektif mahu memartabatkan tamaddun Islam? Sudah terang lagi bersuluh, adakah kerajaan Pakatan DAP, PKR dan Pas anti tamaddun Islam?,” tambahnya.
KUIS jelas beliau memperlihatkan satu lagi episod sedih rakyat yang trajis dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan PKR, DAP dan Pas.
“Boleh dirumuskan kerajaan pakatan pembangkang  ini gagal dalam semua bidang yang diuruskan di Selangor termasuk pendidikan”, ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: MPP sedih tengok kakitangan dan pelajar jadi mangsa akibat kerakusan pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor.... 

No comments:

Post a Comment