Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Negara dan tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, keputusan yang diumumkan pimpinan PR semalam juga jelas bertentangan dengan Buku Jingga yang dicipta mereka sendiri sebelum ini yang kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan Negara.
Beliau yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, jika PR terus dengan pendirian yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kesemua parti dalam gabungan PR tidak layak berpolitik dan terus berada di negara ini.
“Keputusan Majlis Pimpinan PR juga tidak menghormati Majlis Muzakarah Kebangsaan selain ia dilihat menganjurkan perpecahan antara kaum dalam negara ini.
“Bagi kami, ahli PR di peringkat akar umbi melihat keputusan yang dibuat menunjukkan pakatan itu angkuh dan sombong kerana mereka hanya memikirkan pendapat dan pandangan sendiri untuk memenangi hati orang Kristian bagi kemenangan pilihan raya umum akan datang,” katanya di sini semalam.
Mohamed Hafiz berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan pendirian Majlis Syura Ulama Pas berkenaan isu ini.
Beliau percaya, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu tidak dipersetujui sepenuhnya penganut agama Kristian dan isu kalimah ALLAH sengaja dibangkitkan oleh DAP yang tidak mewakili masyarakat Kristian keseluruhannya.
“Kita tidak tahu apakah agenda DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang cuba memperalatkan isu agama dalam politik PR.
“Kerana mahu menagih undi daripada orang Kristian, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, keputusan yang dibuat pimpinan PR itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, isu penggunaan kalimah ALLAH tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana penggunaan perkataan itu jelas hanya untuk orang Islam dan sudah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Mai Pikiaq Pi: Nampak sangat Pas ini mengalah dengan pendirian kafir... Mana pendirian pemimpin Pas yang selama ini mengatakan mereka parti memperjuangkan Islam?
No comments:
Post a Comment