Nuffnang Ads

Tuesday 8 January 2013

EZAM: PAS TIDAK MAMPU KELUAR TELUNJUK ANWAR


Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengotakan janjinya untuk memadamkan frasa ‘meliwat’ di mahkamah, anak didik, Ezam Mohd Nor kecewa dan menjauhkan diri daripada dunia politik.
Dengan pengalamannya sendiri melihat ‘kejadian-kejadian tertentu’ di rumah Anwar ditambah pula dengan janji palsu Anwar menguatkan lagi hujah bekas mentornya itu tidak telus dan berusaha menyembunyi sesuatu.
“Jadi, itu sebabnya saya tinggalkan Anwar. Tinggalkan Anwar. Saya tak kecewa, saya tak mahu masuk politik lagi, seluruh kehidupan politik saya ialah memperjuangkan seorang manusia ini.
“Jadi, bila saya tengok pula manusia ini menjadi masalah, jadi saya rasa, saya tak nak lagilah. Saya dah give up.
Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR dan diikuti peletakan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor pada Februari 2007.
Sejak itu, beliau meninggalkan secara terus dunia politik dan berkecimpung dalam NGO yang dinamakan GERAK.
Namun, apabila Pakatan Rakyat (PR) dipimpin Anwar memenangi jumlah kerusi yang banyak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ezam mula menilai semula pendirian politiknya itu.
“Kita lihat, bagaimana saya tengok keadaan negara turut terancam. Anwar tiba-tiba kuat. Dia nak buat 16 September..ingat tak?
“Dan saya tahu itu semua bohong. Dan saya rasa terpanggil, bertanggungjawab untuk selamatkan negara saya. Sebab saya tahu siapa Anwar.
“Sebelum ini saya tinggalkan, saya ingatkan..biarkan terkubur, mati begitulah. Tapi 2008, mengembalikan balik harapan beliau untuk menjadi pemimpin negara ini dan beliau bekerja keras untuk itu dan macam-macam permainan yang berlaku.”
Menurutnya, untuk membendung kerakusan kuasa Anwar, tidak mungkin beliau kembali semula ke pangkuan PKR kerana parti itu dikuasai sepenuhnya oleh Ketua Umum.
Oleh itu, pilihan pertamanya adalah PAS.
“Saya merasa terpanggil untuk saya berjuang kembali dalam politik. Tapi options saya yang pertama bukan UMNO, option saya yang pertama adalah Pas.
“Saya jumpa pemimpin Pas, hidup lagi dia orang, boleh tanya. Saya jumpa Haji Hadi. Saya bukan jumpa Ketua Pas kawasan. Sebab saya Ketua Pemuda parti Keadilan dulu, saya pemimpin utama parti Keadilan.
“Saya kawan baik dengan Ustaz Hadi, dengan Nasharuddin. Saya kawan baik dengan Salahuddin, dengan Mahfuz. Salahuddin tu bawah saya dulu. Ketua Pemuda, Salahuddin Naib Ketua Pemuda. Saya seangkatan dengan Mahfuz.
“Husam..kawan baik saya di Kelantan. Husam, bagi saya satu kerusi, kerusi di Kota Bharu untuk saya bertanding pada tahun 2008. Itu yang saya tolak.
“Mereka kawan saya. Dan saya lebih selesa untuk berjuang bersama Pas kalau saya nak masuk politik balik sebab saya dah tujuh tahun itu, saya dengan Pas dan saya jumpa dengan pemimpin Pas.”
Namun, hati Ezam berat untuk masuk PAS kerana parti itu tidak bersedia untuk menjadi ketua dan keluar dari arahan Anwar.
Menurutnya, hasil perbincangan dengan PAS, didapati kepimpinan parti itu tahu masalah moral Anwar tetapi tetap mengikuti telunjuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
“Tetapi saya tidak masuk Pas sebab Pas tidak boleh membuat keputusan pada masa itu untuk menentang Anwar. Saya berjumpa mereka, saya kata, ok saya nak tinggalkan Anwar. Saya dah tinggalkan Anwar, mereka tahu.
“Saya kata, saya nak masuk balik politik, saya tengah fikir sama ada saya nak masuk Pas atau UMNO. Of course option saya yang pertama Pas.
“Saya tanya mereka, tetapi saya tak boleh masuk Pas dalam keadaan Pas masih ‘mendakap’ Anwar Ibrahim. Sebab Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, saya kata. Saya sebutkan semua yang saya conviction kan.
“Yang mana satu orang pun pemimpin Pas tak boleh lawan hujah saya. Malah, ada kalangan mereka yang bersetuju pun dengan saya.
“Saya masih ingat lagi, kata satu dua orang yang mengatakan, kita tahulah dia ‘macam’ tu, tapi kita nak kudakan dia je.
“Saya masih ingat lagi, saya cakap kat diaorang, you nak kudakan dia. You ingat dia kuda apa? Ini bukan sebarang kuda, ini kuda liar. You kuda dia, dia kudakan you. Saya ingat lagi, cuba you tanya dia orang.”
Menurut Ezam, walaupun PAS memperjuangkan Islam, namun dalam kes Anwar, parti itu gagal membuat pendirian jelas.
Walaupun ada di kalangan pimpinan Pas mempercayai masalah moral Anwar, namun Pas tidak mampu untuk membuat pendiriannya.
Justeru itu, tidak menghairankan kata Ezam, Pas juga gagal membuat pendirian dalam menghadapi isu-isu lain termasuk bercanggah dengan Islam yang dilakukan Anwar.
“Jadi, bila saya tak boleh dapatkan komitmen daripada Pas untuk berjuang atas dasar prinsip. Prinsip asas Pas itu sebagai parti itu betul tetapi bila dihadapkan dengan Anwar Ibrahim ini, mereka tak boleh buat keputusan.
“Itu tahun 2004, sekarang 2012, lagi macam-macam you tengok apa yang Anwar buat yang bercanggah dengan Islam. Pluralisme, kenyataan Anwar contohnya di London of School Economics pada tahun 2010, saya ada teks, jelas pluralisme. Bertentangan dengan Islam. Pas tak boleh buat keputusan.
“Baru ini, anak dia pula Nurul Izzah buat kenyataan, jelas bertentangan dengan Islam. Pas tak boleh buat keputusan. Itu sekarang.
“Saya dah tahu pada tahun 2008 lagi masa saya buat keputusan nak kembali ke dunia politik. Saya tahu Pas tak mampu untuk membuat keputusan yang tegas.”
Dan kerana kegagalan Pas keluar dari belenggu Anwar itu, Ezam membuat keputusan menyertai UMNO.
Mai Pikiaq Pi: Rahsia Anwar terbongkar selepas keluar penjara tahun 2004...

No comments:

Post a Comment