Nuffnang Ads

Tuesday 15 January 2013

Ubah Pendirian Berhubung Isu Kalimah Allah Bukti PAS Jahil


Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah berkata, tindakan PAS mengubah pendirian dan akhirnya akur dengan menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan tidak boleh diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama dan tidak layak menjadi pemimpin.
“Berkaitan wujud pihak yang nak membenarkan penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali rujuk (ubah pendirian), membuktikan kepada kita mereka (PAS) ini jahil dalam agama, bagaimana mereka nak tegakkan Islam?.
“Bila dah ‘lekat celah pagar’ barulah nak rujuk kembali (ubah pendirian). Segalanya terbukti mereka ini celaru, (ilmu) politik tak cukup, (ilmu) agama tak cukup,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Bernama.
Abdullah mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam setelah didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti negeri.
Semalam, Minda Pondok, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai beberapa sekolah pondok di Kelantan, membuat laporan polis berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Antara lain, NGO itu menuntut tindakan tegas diambil terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pemimpin Islam yang menyokong cadangan penggunaan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu tersebut.
Anggota Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff yang mewakili kira-kira 100 guru agama berkata, isu itu mengguris perasaan umat Islam dan tidak sepatutnya berbangkit selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Disember 1981 juga mengambil tindakan sama.
“Kami bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara berpanjangan di negara yang rakyatnya berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Binjai.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak mustahil PAS akan mengekalkan keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sekiranya para mufti mendiamkan diri dalam isu tersebut.
“Nama Allah yang dikhaskan untuk umat Islam pun sanggup dipolitikkan. Sebelum Majlis Syura mereka buat keputusan, kita telah lihat drama dalam kalangan pucuk pimpinan PAS bila ada pihak yang bersetuju dan ada yang tidak,” katanya pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Transformasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2013 di Kuala Lumpur, Isnin.
Ahmad Maslan juga percaya masyarakat tidak sewenang-wenangnya akan melupakan pendirian PAS berhubung isu itu pada 2010 kerana isu sama telah dicanang secara meluas menerusi ceramah dan sidang media pihak pembangkang.
“Umno sudah pasti tidak akan menggadaikan kalimah Allah. Saya sendiri membaca dan mendapatkan pandangan ulama dan mufti tentang perihal ini dan tidak berbuat sesuka hati,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Pas sanggup membelakangkan agama demi rakan sekutunya DAP....

No comments:

Post a Comment