Nuffnang Ads

Thursday 10 January 2013

Isu Air: Kerajaan Selangor Rancang Skrip Salahkan Syabas


Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan percaya sudah menjadi trend dan sikap kerajaan negeri untuk menyalahkan agensi-agensi lain ataupun pihak ketiga dalam sebarang permasalahan yang timbul di Negeri Selangor, khususnya dalam isu air yang semakin menghimpit rakyat di negeri ini.
“Mereka cepat menyalahkan Syabas serta agensi-agensi lain sedangkan apa yang sebenarnya berlaku kini, kesalahannya terletak pada pentadbiran ialah Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri.
“Mereka tidak tahu mengatasi masalah air yang bakal berlaku dan mereka cuba menpolitikkan isu ini dengan menyalahkan orang lain, hakikatnya mereka tidak bersedia. Mereka sedar perkara ini akan berlaku dan mereka juga mahu mewujudkan satu keadaan di mana mereka mahu rakyat rasa sebenarnya ada air dan Syabas sengaja mewujudkan keadaan krisis air ini,” ujarnya ketika ditemui mengulas kemelut isu air yang melanda Negeri Selangor hari ini.
Tambahnya, perkara ini tidak benar sama sekali, kerana krisis air yang diperkatakan oleh pihak Syabas, turut dipersetujui oleh badan-badan bukan kerajaan yang lain seperti FOMCA.
“Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada kerajaan negeri, walaupun saya sedar bahawa mereka ini bukan prihatin sangat dan beri keutamaan kepada rakyat, untuk politik mereka akan lakukan apa sahaja tetapi tolonglah rakyat Negeri Selangor kerana rakyat memerlukan air yang secukupnya dan Kerajaan Pusat dapat membantu untuk membangunkan Negeri Selangor.
“Kita sedar bahawa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pakatan yang bobrok ini memang tidak memberi perhatian kepada rakyat Negeri Selangor, saya harap rakyat sedar dan beri kepercayaan kepada Kerajaan BN untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk memastikan krisis air ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat lepas telah menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan masalah bekalan air yang melanda 500,000 penduduk di Gombak dan Kuala Lumpur.
Beliau mendakwa, kononnya pihaknya telah mengesan kerosakan pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru sejak tahun lepas dan sudah memaklumkan kepada pihak Syabas mengenai perkara itu.
Mai Pikiaq Pi: Kerajaan Selangor lebih mementingkan periuk nasi politik mereka daripada memikirkan kepentingan asas rakyat.... 

1 comment:

  1. Lebih bermaruah rasanya jika MB S'gor letak jawatan sekarang berbanding kalah teruk pada PRU13 nanti. Bukannya apa, memang dah terang lagi bersuluh yang tan sri khalid sudah gagal jalankan t'jawabnya sebagai MB kerana sudah banyak masalah timbul seperti masalah banjir, tanah runtuh, isu unisel, isu kristianisasi, aset pkns dilelong dan yang terbaru krisis air yang melanda di lembah klang. Daripada malu dikhayalak ramai nanti, eloklah letak jawatan sekarang

    ReplyDelete