Nuffnang Ads

Friday 19 July 2013

Cakap Tak Serupa Bikin, Kempen Pas Serang Peribadi Calon BN



Sebelum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Pas pernah menyatakan untuk tidak akan menyerang peribadi calon namun malangnya ia tidak direalitikan kerana calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menjadi mangsa politik kotor mereka.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fahariyah Nordin mengangap sememangnya sudah menjadi kebaiasaan kepada Pas untuk tidak menunaikan janjinya.
“Inilah Pas. Cakap tak serupa bikin, satu-satunya parti yang tidak berpegang kepada apa yang telah dijanjikan,” katanya.
Tindakan pemimpin Pas yang menyerang peribadi calon BN termasuk tuduhan kononnya Tengku Zaihan bukan anak tempatan terang-terangan sengaja diwujudkan.
“Tuduhan ini sengaja diwujudkan untuk memburukkan calon BN sedangkan calon termasuklah ibunya sendiri telah menafikan tuduhan tersebut.”
Ujar beliau, tindakan Pas yang mengetengahkan Azlan @ Endut Yusuf sebagai calon juga sememangnya tidak mencapai kriteria yang selalunya diletakkan dalam parti terbabit.
“Pas meletakkan calon tangkap muat yang dipertaruhkan di sini dengan tidak memikirkan apa yang akan berlaku selepas pilihan raya dan sekiranya mendapat mandat.”
Jelas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ledang, Pas tidak memikirkan soal pembangunan dan tanggungjawab terhadap rakyat yang akan diwakilinya.
“Pas sudah berubah apabila memilih calon kepada mereka yang bergantung kepada populariti semata-mata dan bukan kepada tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.
“Ini berbeza dengan calon BN yang menepati citarasa rakyat untuk menjadi wakil rakyat tempatan, dipilih dari golongan profesional dan orang muda yang mempunyai latar belakang yang baik.”
Selaras dengan itu beliau menasihati para pengundi tempatan agar memikirkan masa hadapan dengan memilih calon yang benar-benar mampu berkhidmat kepada rakyat. 
Mai Pikiaq Pi: Pas cakap tak serupa bikin dari dulu lagi.......

No comments:

Post a Comment