Susulan daripada kenyataan calon Pas Azlan Yusof bagi Plihan Raya Kecil (PRK) Kuala besut yang akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika Pas menang di PRK ini kerana kesibukannya dengan urusan perniagaan, maka Pas telah melarang calonnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan spontan kepada pihak media.
Ini sekaligus menunjukkan seakan Pas menjadikan calonnya ini hanya sekadar ‘pak pacak’ dan harus mengikut setiap telunjuk Pas tanpa mampu untuk membantah.
Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahaya Khatib, tindakan Pas ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada calon BN di Kuala Besut.
“Rakyat akan menilai apa yang dilakukan oleh Pas. Sekiranya calon tidak benarkan bersuara dan sekadar menjadi boneka maka apa akan jadi dengan masa hadapan rakyat.
“Pas tiada pilihan lain dan terpaksa menutup mulut calonnya daripada terus bersuara. Ini memberikan kelebihan kepada calon kita kerana calon yang dipilih oleh BN adalah benar-benar layak dan bukan seperti calon Pas yang hanya lebih mementingkan perniagaan… Calon cari makan…” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Yahaya, disebabkan ‘kesalahan besar’ bercakap benar oleh calon Pas ini maka Pas terpaksa menggunakan pendekatan lain bagi meraih undi dan salah satu cara adalah dengan cara menyerang peribadi calon BN.
Jelasnya lagi, Pas mula mereka prespektif negatif calon BN untuk ditanam di minda para pengundi.
“Namun saya yakin, para pengundi di Kuala Besut tahu dan kenal siapa Tengku Zaihan dan siapa Che Long. Mereka mampu menilai yang mana satu hanya indah khabar dari rupa dan ianya akan direalisasikan dalam PRK nanti.
“Sebagaimana BN menang di Kuala Besut pada PRU-13, saya yakin kali ini masyarakat Kuala Besut tetap akan terus memberikan mandat kepada BN,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kita tolak 'pak pacak' mana-mana parti.....
No comments:
Post a Comment