Nuffnang Ads

Thursday 18 July 2013

'Jangan cabar Islam, Melayu'


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak tertentu supaya jangan mencabar kesucian Islam serta orang Melayu dengan mempersendakan agama suci yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak terbabit jangan menganggap orang Melayu sentiasa berlembut dan berbudi bahasa serta ada yang tidak bersatu sehingga mereka berani bertindak sedemikian. 
“Jangan nak cabar Islam dan Melayu, kita akan bangun dan bangkit untuk menjaga negara yang aman dan makmur ini serta menjaga kesucian Islam,” tegasnya. 
Sampaikan sumbangan 

Beliau berucap sebelum menyampaikan sumbangan UMNO Pagoh kepada masjid dan surau sekitar Parlimen Pagoh, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini, malam tadi.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed serta ADUN Jorak, Datuk Shahrudin Md Salleh.

Muhyiddin berkata, kebelakangan ini banyak pihak berani mencabar kesucian Islam di negara ini, walaupun orang Melayu dan Islam tidak pernah membangkitkan amalan agama lain. 
Katanya, orang Islam negara ini sentiasa toleransi kerana menyedari mereka hidup dalam negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan mengetahui hak bukan Islam.

Ancam perpaduan

“Mereka perlu faham dan hormat Islam, jangan bangkitkan kemarahan yang boleh wujudnya pertikaian antara agama. Jika perkara ini jadi lumrah, saya bimbang orang Islam hilang sabar, kita jemaah besar tapi bertoleransi. Ia dilihat boleh mengancam perpaduan negara, jika dibiarkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada masa depan negara,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Usir saja mereka yang suka saja membangkitkan kemarahan kaum....

No comments:

Post a Comment