Nuffnang Ads

Wednesday, 17 July 2013

Malaysia Mampu Laksanakan Perubahan Yang Diharapkan – Najib


Selain berjaya menjamin persekitaran negara yang harmoni, aman dan stabil, Malaysia negara bertuah kerana ia juga mampu memacu perubahan ke arah kebaikan, selaras dengan kehendak generasi masa kini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata banyak peristiwa di luar negara ketika ini menyaksikan contoh kegagalan sesebuah negara melaksanakan perubahan yang diharapkan, sekalipun ketika ia berada dalam suasana yang aman dan stabil.
Beliau seterusnya mengambil contoh suasana tidak menentu di beberapa negara di Timur Tengah umpamanya, yang jelas memperlihat ketidakmampuan negara berkenaan melakukan perubahan sebagaimana yang diharapkan rakyat, yang akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan.
Katanya antara iktibar yang perlu diambil daripada kejadian-kejadian ini ialah rakyat perlu menghayati serta bersyukur dengan apa yang sudah ada dalam genggaman, kerana ia adalah lebih baik daripada sesuatu yang tidak menentu, walaupun sesuatu yang baharu itu disusuli dengan janji-janji teramat manis yang melangit tingginya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) dan IPTS serta warga universiti, di perkarangan Sri Perdana di sini, yang dihadiri lebih 2,000 mahasiswa.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Najib berkata sebagai umat Islam, dalam usaha melakukan transformasi, berpuasa merupakan ibadah yang cukup berkesan secara holistik bagi menjayakan usaha itu, di mana ia bukan sahaja perlu dihayati dari sudut ketertibannya, tetapi juga dari segi falsafah dan pengajaran yang dibawanya.
“Kita boleh jadikan ibadah berpuasa sebagai satu asas untuk melakukan transformasi kepada diri untuk menjadi seorang indiviudu yang dapat memperlihatkan contoh dan teladan yang sangat baik berasaskan kepada keimanan dan ketakwaan di samping memupuk nilai-nilai seperti kesabaran dan disiplin,” katanya.
“Semua ini kita boleh rumuskan sebagai latihan cukup lengkap yang diberikan kepada kita, sebagai satu peluang untuk melakukan penambahbaikan kepada kita,” katanya.
Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.
Mai Pikiaq Pi: Negara maju tak lama lagi..... 

No comments:

Post a Comment