Nuffnang Ads

Wednesday, 17 July 2013

Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah


Sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan  pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata kepesatan rumah-rumah urut dan judi sebenarnya amat menakutkan dan perlu tindakan segera memandangkan perkara itu semakin menjalar di kawasan luar bandar.
“Contohnya apa yang berlaku di kawasan Selangor utara dari Kuala Selangor ke Sungai Air Tawar Sabak Bernam, saya lihat pertambahan rumah urut dan judi ini benar-benar memeranjatkan terutama mereka yang berada di kampung,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau lagi apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kesannya kepada masyarakat setempat.
“Kita khuatir banyak pendapatan petani dan orang-orang kampung akan dihabiskan di tempat-tempat ini terbabit selain mengundang kepada budaya negatif,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan kerajaan negeri tentang polisi rumah kos rendah dan semenjak lima tahun mereka memerintah iaitu sejak 2008 kerana data-data yang mereka berikan amat memeranjatkan.
“Kalau kita lihat, ia diakui sendiri oleh EXCO mereka kerana di kawasan seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor, tidak ada satu pun rumah kos rendah yang dibina.
“Adakah ini maknanya mereka ini (kerajaan negeri) terus meminggirkan golongan yang berpendapatan rendah?,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.
Mai Pikiaq Pi: Kalau pembangkang tawan Putrajaya.. gamaknya Putrajaya pun akan jadi pusat urut.......  

No comments:

Post a Comment