Nuffnang Ads

Thursday, 18 July 2013

‘Kempen 16:16 tak masuk akal'


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Kempen 16:16 dilancarkan pembangkang sebagai tidak masuk akal, tiada hala tuju selain hanya akan merugikan rakyat serta bakal menyebabkan Terengganu semakin mundur. 

Katanya, gerakan bagi mewujudkan jumlah kerusi seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu tidak menjamin masa depan rakyat negeri ini, sebaliknya lebih bertujuan mewujudkan ketidaktentuan. 


Katanya, dengan membiarkan kuasa antara BN dan pembangkang tergantung, masa depan rakyat Terengganu akan menjadi tidak menentu sekali gus mudah dipengaruhi anasir subversif yang akan melemahkan perpaduan rakyat. 


“Kempen seperti itu tak masuk akal, hala tujunya tak menentu. Kita perlukan kerajaan stabil kerana hanya dengan kestabilan, kita boleh terus laksanakan pembangunan,” katanya selepas menyerahkan Rumah Veteran 1Malaysia kepada pesara komando, Muhammad Mat Diah di Kampung Beris Pak Abu, Gong Kedak, dekat sini semalam. 

Pembinaan rumah diterus 

Muhammad, 52, yang menerima kunci rumah dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kos RM40,000 itu adalah bekas anggota Grup Gerak Khas di Kem Sungai Udang, Melaka. Beliau mengalami cacat kekal akibat kemalangan jalan raya pada 1985 sebelum bersara awal. 

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, berkata program membina dan membaik pulih rumah akan diteruskan ATM bagi membolehkan lebih ramai bekas tentera yang susah dapat mendiami kediaman sempurna. 

“Kita menggembleng persatuan veteran tentera dengan badan yang menjaga kebajikan anggota tentera. Saya cadangkan dalam membina dan membaik pulih rumah untuk bekas tentera, kita turut membabitkan tenaga muda belia,” katanya. 

Mengenai pasangan remaja Alvin Tan dan Viviana Lee yang menghina Islam, Hishammuddin menegaskan, tindakan mereka bukan setakat melampau, malah mengundang kemarahan masyarakat Islam. 

“Bagaimanapun saya gembira kerana pembangkang turut berdiri rapat dengan kerajaan dalam menyatakan bantahan mereka terhadap kenyataan seumpama itu,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Kempen 16:16 amat lemah dan tidak menyakinkan...

No comments:

Post a Comment