Tindakan pembangkang ingin memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun ini bukan sahaja menghina sistem demokrasi yang telah diamalkan sejak merdeka, sebaliknya mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menyifat apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang itu sebagai kebudak-budakan dan menjadikan perkara itu sebagai isu menunjukkan aras tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya lalu.
“Tidak perlu memboikot, letak sahaja jawatan termasuk jawatan menteri besar dan ketua menteri yang mereka pegang di negeri yang mereka menangi jika masih tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, tak perlulah mengugut mana-mana pihak macam budak-budak.
“Mereka yang ingin membuat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan amanah terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, apakah mereka ini layak untuk dipanggil wakil rakyat apabila lebih mengutamakan kepentingan lain daripada mandat yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir pembangkang yang ingin memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 serta tuntutan yang tidak dipenuhi.
Menurutnya, pembangkang perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan amanah serta kepercayaan yang diberikan kerana mereka telah dipilih untuk membela nasib pengundi yang memilih mereka.
“Sikap yang dilakukan oleh pembangkang itu tidak membawa sebarang kebaikan, malah yang rugi adalah rakyat apabila orang dipilih tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
“Selain itu, apa yang cuba dilakukan pembangkang itu adalah untuk mencemarkan nama baik negara ini dan sudah menjadi tabiat mereka sejak dahulu yang sengaja ingin memburuk-burukkan negara dalam apa sahaja isu untuk mendapat perhatian negara luar,” katanya.
Normala berkata, pembangkang boleh menggunakan Dewan Rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan mereka bukannya melakukan suatu tindakan bodoh yang akhirnya bukan sahaja merugikan mereka tetapi rakyat dan negara.
Mai Pikiaq Pi: Malulah perangai sorang-sorang Ahli Parlimen Pembangkang yang tak sedar diri....
No comments:
Post a Comment