Nuffnang Ads

Thursday 13 June 2013

KHALID IBRAHIM MAKIN LEMAS


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin lemas dan caca-marba dengan cubaan mewujudkan jawatan-jawatan yang direka, sekadar untuk menjaga hati Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ini satu jawatan yang tidak perlu ada, termasuk sebelum ini pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang akhirnya tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
“Akhirnya kini Pas dan DAP juga menuntut agar mereka juga perlu ada jawatan-jawatan sebegini di Negeri Selangor. Jadi saya fikir dengan mewujudkan satu jawatan yang tidak ada keperluan, meletakkan seseorang yang berkepentingan dalam politik, Setiausaha Agung PKR jadi jelas kita nampak ia bersifat agenda politik untuk kepentingan peribadi kepada Menteri Besar atau beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tunduk kepada arahan parti yang cuba memberi satu kedudukan yang istimewa kepada Saifuddin Nasution.
“Selama ini pun tidak ada jawatan tersebut, malah tidak perlu pun kerana jawatan ini akhirnya mengacau atau menganggu gugat perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Tegas beliau kerajaan negeri boleh ditadbir dengan cara baik dengan cara cukup wakil-wakil dari parti pakatan yang dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri.
Cara sedemikian jelasnya lagi sudah cukup untuk mengimbangi perjalanan dan gerak kerja membangunkan dan memajukan negeri Selangor.
“Ini masa untuk buat kerja, bukan untuk berpolitik semata-mata. Jadi MB tidak perlulah terlalu jumud atau berfikir semata-mata untuk menjaga hati kerana Saifuddin yang bertanding kalah dalam PRU lalu di Kedah, lalu diletakkan Saifuddin Nasution sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang tidak diperlukan oleh rakyat negeri Selangor.
“Kita minta agar Menteri Besar perlu bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab beliau dalam penggal kedua sebagai MB Selangor, dan fokus kepada kebajikan rakyat dan pembangunan di negeri Selangor yang seterusnya termasuk segala janji-janji manis yang ditaburkan pada PRU 13 lalu,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Kalau pembangkang mentadbir negara bagaimanalah pula karenahnya....  

No comments:

Post a Comment