Nuffnang Ads

Monday 10 June 2013

Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib


Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.
“Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah Kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.
Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu.

No comments:

Post a Comment