Nuffnang Ads

Monday 10 June 2013

Kaum Cina Jangan Berfantasi Tentang DAP


Masyarakat Cina di negara ini dinasihatkan supaya tidak terus ‘berfantasi’ dengan mempercayai kononnya DAP boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, agenda yang dibawa oleh DAP amat berbahaya dan tidak membawa kebaikan kepada keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini bersikap adil kepada semua kaum melalui dasar perkongsian kuasa sehingga tidak ada kaum yang berasa tertindas.
“Kaum Cina perlu melihat hal ini dalam keadaan realiti dan bukannya fantasi. Kerajaan kita amat adil kepada semua kaum sehingga semua kaum dijaga kepentingan mereka,” katanya pada Majlis Kesyukuran BN Parlimen Pasir Salak di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah di sini malam tadi. 

No comments:

Post a Comment