Nuffnang Ads

Wednesday 12 June 2013

Cadang Boikot Parlimen Bukti Anwar Bukanlah “Sesiapa” Dalam Pakatan


Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, ketidaksepakatan pembangkang dalam isu memboikot Parlimen adalah satu bukti jelas bahawa dakwaan mengatakan mereka tidak sehaluan adalah benar.
Ujarnya, walaupun hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot sesi pembukaan Parlimen ke-13 pada 26 Jun ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak profesional, namun daripada satu aspek, isu ini membuktikan bahawa Anwar bukanlah ‘sesiapa’ di dalam parti pembangkang.
“Suara Anwar bukan kuasa veto dan sebab itulah dapat dilihat rakan sekutu PKR boleh memprotes cadangannya sekaligus menunjukkan mereka tidak sehaluan.
“Mereka sebenarnya cuba seboleh mungkin menampakkan pembangkang sehaluan dan senada tetapi kenyataannya mereka hanya senada dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), namun dalam isu lain mereka sering bertelagah.
“Dari awal lagi mereka memang sudah tidak sehaluan, namun masalah ini seboleh mungkin ditutup oleh mereka agar rakyat terutama penyokong mereka melihat bahawa mereka adalah gabungan yang terbaik. Mereka hanya bersandiwara kononnya mereka mempunyai hala tuju yang sama,” jelasnya.
Tambah beliau lagi dalam pada masa yang sama kelihatan Anwar cuba untuk memonopoli keadaan dan menunjukkan dia mampu mengawal namun hakikatnya dia gagal menguasai pimpinan lain dalam pakatan pembangkang.
“Dalam kata lain sekiranya mereka berjaya memerintah negara, adakah Anwar akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakan sekutu mereka… Saya yakin keadaan yang sama juga akan berlaku sebab jelas daripada apa yang mereka telah tunjukkan sekarang ini iaitu Pas dan DAP telah menyatakan tidak bersetuju untuk mengadakan perhimpunan ‘505’ dan juga boikot Parlimen.
“Begitu juga mereka bercanggah pendapat dalam penerimaan kemasukan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai parti komponen pembangkang. Kenyataannya Anwar tidak memimpin keseluruhan parti pembangkang cuma mereka seolah-olah dan seboleh mungkin mahu nampak sehaluan dalam agenda mereka untuk menumbangkang kerajaan BN.
“Tetapi tindakan dan ucapan mereka berbeza antara satu sama lain. PKR lebih kepada soal peribadi tetapi DAP lebih konsisten daripada dulu hingga sekarang iaitu soal Malaysian Malaysia yang mana perkara ini tidak pernah diperkatakan oleh PKR,” ujar Hamim.
Kesimpulannya ujar beliau, selama ini rakyat mengundi mereka rakyat tidak terfikir langsung bahawa pembangkang akan memboikot Dewan Rakyat.
“Rakyat mengundi bukan untuk mereka memboikot Parlimen tetapi adalah kerana rakyat mengharapkan sumbangan mereka untuk membawa suara rakyat di Parlimen. Namun sayangnya pembangkang tidak amanah.
“Kepercayaan rakyat di remehkan. Mereka harus sedar, di Parlimen banyak perkara boleh disuarakan dan segala isu yang mereka bisingkan selama ini di luar boleh dibawa di Dewan Rakyat. Daripada mereka berhujah di luar adalah lebih baik mereka berhujah dalam Dewan Rakyat”, katanya.
Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembangkang harus lebih amanah dan tahu menghargai setiap undi rakyat untuk mereka.
Dalam artikel 52(1) menyatakan jika seseorang ahli Dewan Rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa izin speaker, kerusinya akan dikosongkan dan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan.
Mai Pikiaq Pi: Anwar sudah tidak relevan dalam pakatan pembangkang..... 

No comments:

Post a Comment