MCA hari ini mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu pelan tindakan kecemasan ekoran jerebu yang melanda negara.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pelan tersebut perlu diwujudkan supaya koordinasi tindakan dalam menangani masalah jerebu secara komprehensif.
Menurutnya, pelan tersebut juga akan berfungsi sebagai laporan perkembangan semasa jerebu secara konsisten untuk makluman umum bagi memudahkan tindakan yang akan diambil.
"Kerajaan perlu tengok perkara ini dengan menyeluruh tanpa ada tangguhan, perlu diselesaikan segera.
"Ia melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Meteordologi, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Kesihatan dan juga pihak lain tidak terkecuali Kementerian Pelajaran.
"Ini patut dibuat secara komprehensif, tapi saya lihat ini tidak ada koordinasi yang baik," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.
Difahamkan, Ka Siong telah menghantar usul mengenai jerebu pada Ahad lalu, yang turut meminta ahli Parlimen membahaskan isu jerebu dan tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Yang di Pertua Dewan Rakyat (Speaker) menolak usul tersebut dengan alasan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G. Palanivel akan berjumpa dengan Kerajaan Indonesia pada hari ini.
Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme baru supaya dapat menyelesaikan isu tersebut dengan berkesan.
"Kita perlu wujudkan mekanisme baru untuk Malaysia berunding dengan Indonesia agar ada tindakan yang cepat sekiranya masalah seperti ini berulang.
"Ini bukan pertama kali berlaku, ia masih berulang.
"Tindakan mengenal pasti punca kebakaran juga perlu diambil dan jika syarikat yang didakwa terlibat perlu dihukum," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Masalah jerebu akan tetap berulang jika Indonesia masih tidak melaksanakan pelan tindakan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat pembakaran secara terbuka....
No comments:
Post a Comment