Nuffnang Ads

Monday, 10 June 2013

“Kalau Tak Mahu Angkat Sumpah, Buat Apa Bertanding?” – Shahidan


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memulaukan upacara angkat sumpah Ahli Parlimen dan sidang pertama Dewan Rakyat,  yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun ini sebagai kenyataan yang  kurang matang dan tidak profesional.
Menurut beliau, tindakan tersebut seolah-olah mengkhianati amanah rakyat yang memilih wakil rakyat pembangkang sebagai wakil bagi membangunkan kawasan mereka.
“Kalau dah tak mahu angkat sumpah, buat apa bertanding? Apa tujuan mereka nak pulau upacara angkat sumpah ini? Untuk jadi Ahli Parlimen, kena angkat sumpah. Kalau tak mahu angkat sumpah, lain kali jangan bertanding.
“Tidak ada kebaikannya jika berpolitik dengan cara semacam ini. Ia hanya akan membuang masa dan merugikan pembangunan rakyat dan negara. Jika tak nak jadi Ahli Parlimen, patutnya awal-awal jangan bertanding dan berikan pada orang lain yang benar-benar mahu bekerja untuk rakyat,” tegasnya di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan Ketua Pembangkang itu seolah-olah memperlihatkan beliau tidak peduli dengan harapan pengundi di kawasan yang diwakilinya.
“Kenyataan sedemikian seolah-olah membayangkan bahawa beliau bertanding di dalam pilihan raya bukanlah dengan niat ikhlas untuk membantu rakyat di kawasan beliau, tetapi lebih kepada agenda politik demi  untuk kepentingan peribadi,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menasihati wakil rakyat pakatan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan menggunakan peraturan ‘rimba’ di dalam negara yang berdaulat dan mempunyai undang-undang.
“Malaysia sebagai sebuah negara, ada undang-undangnya. Begitu juga parlimen, di mana tempat wakil-wakil rakyat bersidang juga mempunyai peraturannya. Jadi ikutlah peraturan. Jangan buang masa rakyat memilih kita untuk berkhidmat kepada mereka dengan tindakan yang merugikan.
“Ketua  Pembangkang jangan gunakan peraturan ‘rimba’ di dalam sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai undang-undang. Pilihan raya sudah selesai, sekarang sudah tiba masanya untuk kita berbakti kepada rakyat yang memilih kita sebagai wakil mereka,” jelasnya.
Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulaukan upacara angkat sumpah tersebut tidak mendapat sokongan dari parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang seperti DAP dan Pas.
Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di dalam sebuah portal baru-baru ini membuat kenyataan bahawa parti tersebut tidak ada rancangan untuk memboikot upacara angkat sumpah yang akan berlansung pada sidang pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.
Manakala Pas pula, melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapa Ali mengesahkan bahawa wakil Ahli Parlimen Pas akan hadir pada sidang pertama Dewan Rakyat dan hanya tidak akan hadir pada sesi taklimat Parlimen yang dijadualkan esok.
Mai Pikiaq Pi: Macam-macam hal dan ragam ahli politik nie... agenda peribadi lebih utama daripada agenda rakyat..... 

No comments:

Post a Comment