Nuffnang Ads

Tuesday, 11 June 2013

'PULAU PARLIMEN UJI KERAJAAN'

Ketua AMK negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus menyifatkan pemulauan PKR terhadap sidang Parlimen pada 24 Jun ini sebagai tindakan yang 'menguntungkan rakyat'.

Beliau berkata, pemulauan bakal dilaksanakan mampu memberi tamparan hebat dan tekanan luar biasa terhadap kerajaan supaya lebih prihatin membela nasib rakyat.

“Ini salah satu cara kita untuk tidak mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai kontroversi dan unsur manipulasi pada PRU13 lalu.

“Kita juga ingin menyedarkan mereka, pemboikotan ini dibuat atas kemahuan rakyat. Justeru, mereka tidak seharusnya menjalankan tugas sambil lewa kerana perbuatan sedemikian hanya akan menggugat kedudukan dimiliki,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd Nazree, pemulauan tersebut juga dapat menguji keupayaan sebenar kerajaan untuk mentadbir negara tanpa gangguan PKR.

“Sebelum ini, mereka (kerajaan) pernah mendakwa akan dapat mentadbir dengan lebih baik seandainya tidak dikacau pembangkang.

“Kita ingin melihat, sejauh manakah terbuktinya dakwaan itu,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: MPP tak pasti apa sebenarnya agenda pembangkang yang terus-terusan mengutuk kerajaan yang terbukti sangat prihatin terhadap rakyat... Janji Ditepati!

No comments:

Post a Comment