Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli berkata, keputusan pakatan pembangkang yang akhirnya membatalkan tindakan yang kononnya akan memboikot upacara majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen memperlihatkan pembangkang sekali lagi bermain sandiwara.
Justeru beliau menyifatkan tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang masih ghairah untuk mengadakan perhimpunan haram 505 tidak lebih sekadar satu usaha untuk perbodohkan para penguikut mereka.
“Perhimpunan 505 adalah satu strategi mengelirukan penyokong mereka atau dalam bahasa kasarnya ahli-ahli parti mereka. Ini semua hanyalah satu sandiwara mereka untuk menutup kegagalan dan harapan palsu yang diberikan sebelum ini kononnya mereka mampu menguasai Putrajaya.
“Mereka tidak mahu rakyat terutama penyokong mereka nampak kenyataan sebenar bahawa apa yang mereka laungkan selama ini terutama menjelang PRU-13 baru-baru ini hanyalah propaganda palsu. Maka untuk menutup malu mereka mencipta pelbagai alasan dan fitnah terhadap SPR dan Kerajaan BN”, katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau lagi sekiranya benar segala dakwaan mereka contohnya PRU-13 tidak telus, berlaku penipuan dan sebagainya maka kenapa pembangkang setuju untuk angkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat dan menerima negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sebagai negeri tawanan mereka.
Maka sudah jelas tambahnya lagi bahawa pembangkang hanya memperalatkan penyokong mereka untuk mencapai agenda peribadi.
“Kita yakin rakyat makin tahu bahawa pakatan pembangkang hanya hidup atas sandiwara yang mereka mainkan. Malah tindak tanduk mereka ternyata berputar belit bak kata bidalan depan cakap lain, belakang buat lain”, ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Selagi mereka tidak berkuasa.. selagi itulah mereka menabur pelbagai dakyah songsang untuk menutupi segala kelemahan mereka terhadap rakyat... Rakyat sedar mereka tidak lagi boleh mempercayai parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim....
No comments:
Post a Comment