Nuffnang Ads

Thursday 1 March 2012

Salah Laku, Tiada Integriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang...


PELBAGAI masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.
“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrul Amin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.
“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.
“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.



Imam Mahadi a.k.a Anwar

No comments:

Post a Comment