Nuffnang Ads

Wednesday 21 March 2012

PAS PERSOAL HASAN ALI TIDAK HADIR MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr. Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Jati.

“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam Majlis Santapan Diraja pun beliau tidak datang.

“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.



Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.


No comments:

Post a Comment