Nuffnang Ads

Friday 23 March 2012

RPK sedia debat Najib, Anwar tentang Islam


Raja Petra Kamarudin (RPK) bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan fokus pada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-duanya, Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," kata RPK dalam entri blognya, menjawab respons Anwar petang semalam.
Semalam, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan RPK, yang kini berada di luar negara.
logo najib-raja petra-anwar

No comments:

Post a Comment