Nuffnang Ads

Wednesday, 21 March 2012

Pembangkang Tidak Wajar Diberi Peluang Lagi


Pembangkang tidak wajar diberikan lagi peluang untuk memerintah setelah gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain gagal menunaikan janji untuk rakyat, pemimpin pembangkang lebih ghairah untuk berebut jawatan sesama mereka.
“Sekarang kalau ceramah mereka minta diberikan peluang untuk memerintah, peluang sudah diberikan tetapi apa yang mereka buat, berebut jawatan sampai mahu lantik Exco pun bergaduh,” katanya selepas majlis penyerahan bayaran khas kepada bekas anggota Kemas Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment