Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi 'trending topic' untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.
Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.
Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.
Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu hashtag, #prayforAniqEzra popular.
Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya.
Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas hashtag # prayforAniqEzra.
Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya.
Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya.
Mai Pikiaq Pi: iishh..ishhhh.... jangan buat macam nie lagi yer adik.. merajuk dengan mak bapak jangan sampai lari dari rumah... orang jahat di mana saja....
No comments:
Post a Comment