Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menyatakan pendirian terhadap tuduhan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual oleh Senator Datuk S Nallakurappan .
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, sebagai seorang isteri, Azizah tidak harus mendiamkan diri kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah keseluruhan maruh keluarganya sendiri.
“Mengapa sehingga kini Azizah masih mendiamkan diri, tuduhan Anwar seorang biseksual adalah suatu tuduhan berat, sikap berdiam dirinya sehingga kini banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi dalam kalangan rakyat
“Apakah Azizah sudah berpuas hati dengan saman yang dikemukakan Anwar kepada Nalla, sedangkan perkara itu membabitkan maruah seluruh keluarganya.
“Adakah maruah keluarganya juga boleh dipolitiknya, di manakah maruahnya sebagai seorang isteri dan anak kepada keluarganya, tindakannya berdiam diri bagaikan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Nalla,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya sebagai seorang isteri dan insan yang paling rapat kepada Anwar, sepatutnya dialah orang yang pertama mempertahankan suaminya bukan bertindak memdiam diri.
“Apakah Azizah tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup maruah keluarganya diperkotak-katikkan, di mana kewibawaannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya dan juga presiden parti.
“Adalah suatu yang menyedihkan sebagai seorang isteri apabila tidak dapat mempertahankan maruah suaminya. Di manakah kesetian serta kasih sayang seorang isteri kepada suami yang sanggup bersama dalam apa jua keadaan?” katanya.
Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya, Azizah dilihat sebagai tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan institusi kekeluargaannya yang tercalar teruk akibat tuduhan terhadap suaminya itu. - Sumber MediaUMNO.
No comments:
Post a Comment