Nuffnang Ads

Tuesday 6 March 2012

Ku Li 'barah' dalam UMNO?

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang disifatkan 'barah' dalam UMNO kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat.

Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun UMNO Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Majlis perjumpaan yang dipenge­rusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

No comments:

Post a Comment