Perebutan kerusi dalam kalangan parti pembangkang seperti yang dilaporkan jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan dalam kalangan mereka bagi menentu siapakah yang berhak untuk bertanding di sesuatu kawasan.
Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datul Tajul Urus Md Zain menyifatkan pertelagahan dalam kalangan pembangkang sebenarnya bukan perkara baru malah sejak mereka berjaya menawan beberapa negeri pada pilihan raya lalu.
“Kemelut pembangkang ini bukan cerita baru, selepas Pilihan Raya Umum 2008, mereka bertelagah untuk menentukan siapakah yang layak untuk menjadi Menteri Besar dan Exco seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.
“Kini mereka berebut kerusi pula, kesepakatan yang dikatakan sebenarnya hanyalah sandiwara sahaja, sebenarnya mereka tidak pernah sepakat, apa yang berlaku di Kedah bukti jelas mereka sebenarnya bermasalah,” katanya.
Masalah perebutan kerusi dalam kalangan pembangkang bukan sahaja berlaku di Kedah malah turut membabitkan beberapa negeri lain seperti di Johor dan Perak, mereka sebenarnya ingin merebut jawatan Menteri Besar.
Kecederungan itu dapat dilihat apabila DAP juga bercita-cita untuk meletakkan calon Melayu di beberapa kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya nanti bagi mengelak berulang peristiwa di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Tajul berkata, peristiwa yang berlaku di Kedah baru-baru ini berhubung pelantikan Exco negeri menunjukkan sememangnya tiada kesepakatan dalam kalangan parti sendiri seperti yang berlaku dalam pentadbiran Pas di kedah.
“Jika pembangkang asyik bertelagah untuk menunjuk dan merebut kuasa, bila masa mereka ingin menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, sudah pasti rakyat akan terabai dan yang ruginya adalah rakyat sendiri,” katanya.
Menurutnya, rakyat tidak harus mengulangi kesilapan yang berlaku pada 2008, Kedah adalah contoh terbaik, sejak diperintah pembangkang, tiada kemajuan yang dilakukan oleh mereka untuk rakyat Kedah. - Sumber MediaUMNO
No comments:
Post a Comment