Beliau yang dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab mengapa keputusan keluar daripada parti keramat Melayu itu dilakukan.
Katanya, persoalan berkaitan karier dan perjalanannya dalam politik hanya akan dijelaskan secara terperinci pada satu sidang media yang akan diadakan di pejabatnya di Mines Waterfront Business Park, Mines Resort City, jam 10 pagi, Jumaat ini.
“Kita akan adakan sidang media nanti (Jumaat ini). Di situ, saya akan jelaskan semua perkara, termasuk sebab musabab berhubung pengumuman keluar daripada UMNO serta tumpuan saya selepas ini,” katanya.
Semalam, dalam satu kenyataan ringkas yang diterima media, bekas menteri Kabinet itu mengisytiharkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO mulai semalam.
Beliau yang tidak menyatakan sebab pengunduran itu turut memaklumkan sudah pun mengirimkan surat (keluar daripada UMNO) kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhirnya dalam UMNO.
Isu itu timbul apabila sebuah berita portal melaporkan Abdul Kadir mendakwa beliau diberikan sejumlah wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi antara RM200 hingga RM1,000 bertujuan membeli undi pada pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu, baru-baru ini Abdul Kadir menyatakan wang yang digunakan untuk kempen pilihan raya umum lalu bagi membeli undi disifatkan sebagai taktik ‘bom’.
No comments:
Post a Comment