Nuffnang Ads

Monday 19 March 2012

BR1M DILANJUT


Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isu rumah itu membuat permohonan.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, walaupun demikian, mereka dinasihatkan segera mengemukakan rayuan bagi mempercepatkan proses kelulusan. “Kita tidak tetapkan tarikh sampai bila, tetapi kita mengharapkan sehingga akhir Mac ini majoritinya sudah membuat rayuan. Ini disebabkan pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

No comments:

Post a Comment