Nuffnang Ads

Thursday, 22 March 2012

Najib pilih calon ikut kehendak rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon bagi pilihan raya.

"Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi harus bertanding," kata Perdana Menteri dalam satu temubual dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dari stesen radio 988 FM dalam program satu jam "988 Street VIP" hari ini.

Sebagai contoh, kata Najib, jika orang ramai di sesuatu kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini mewakili mereka, maka beliau perlu membuat keputusan.

Persoalan yang akan timbul akhirnya ialah sama ada beliau selaku Perdana Menteri dapat memenuhi kepentingan rakyat atau tidak, katanya.

No comments:

Post a Comment