Nuffnang Ads

Saturday 30 November 2013

Agong bimbang rakyat berani cabar perlembangaan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan segolongan rakyat yang berani melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar keutuhan yang mengancam kedamaian negara.
   
Baginda bertitah rakyat harus sentiasa menghormati dan memuliakan undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
   
"Atas kedudukan beta sebagai ketua negara, beta ingin menarik perhatian semua pihak mengenai tugas, tanggungjawab dan obligasi mereka dalam menjamin kedamaian dan keamanan negara ini terus terpelihara.
   
"Kerakusan perasaan yang bertentangan dengan hasrat kedamaian dan keamanan mengikut perundangan hanya membawa padah buruk kepada negara," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
   
Tuanku Abdul Halim yang merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bertitah demikian semasa merasmikan konvokesyen ke-26 UUM di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
  
Baginda bertitah perkara itu perlu diingatkan kerana golongan tersebut sengaja mencabar Perkara Tiga dalam Bahagian Satu Perlembagaan Persekutuan iaitu hak istimewa selaku Ketua Negara dan Ketua Negeri dan tanggungjawab serta hak istimewa dan prerogatif Ketua Negara.
   
"Adalah menjadi kewajipan kita sentiasa memuliakan undang-undang yang menjadikan kita rakyat yang bertanggungjawab. Kita tidak mungkin menjadi rakyat yang dapat menikmati semua kebebasan tanpa mematuhi undang-undang negara," titah baginda.
   
Sultan Abdul Halim bertitah dalam Bahagian Dua, Perkara Lima hingga 13 menyebut mengenai pelbagai kebebasan asasi yang digubal dengan penuh kesedaran dan berasaskan keseimbangan hak untuk membawa negeri-negeri Melayu menjadi negara moden yang demokratik, maju, aman dan damai.
   
Mengenai UUM, baginda bertitah ia disediakan oleh kerajaan untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memenuhi satu daripada 13 kebebasan asasi warganegara untuk mendapat pendidikan tinggi.
   
Seramai 7,445 graduan termasuk penerima ijazah kehormat menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen bermula hari ini sehingga 3 Disember. 

No comments:

Post a Comment