Nuffnang Ads

Friday, 29 November 2013

Gaji Naik Melampau… Ini Baru Betul Kerajaan Kebajikan Rakyat

Gaji YB Selangor naik lebih 100 peratus, kakitangan kerajaan negeri pula hanya dapat bonus setengah bulan gaji… Inilah satu lagi sandiwara pembangkang untuk menutup segala kepincangan dan kerakusan sendiri, demikian pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus ketika diminta mengulas mengenai kenaikan gaji YB di Selangor yang naik mendadak sehinggakan melebihi gaji menteri.
“Bukan tidak boleh naik gaji tetapi ini adalah satu kenaikan yang melampau sehinggakan melebihi gaji menteri. Pembangkang sebelum ini sering melaung-laungkan mereka membela nasib rakyat, mereka adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, semuanya untuk rakyat tetapi adakah kenaikan ini membuktikan mereka membela nasib rakyat?
sinar-harian-khalid-gaji-yb-selangor-naik-tinggi-rakyat
“Apa yang saya lihat ini hanyalah menjaga pegawai eksekutif mereka… mereka hanya mengambil kesempatan dan untuk menutup perkara ini, bonus setengah bulan diberi kepada kakitangan kerajaan negeri. Nampak sangat mereka memperbodohkan rakyat Selangor,” ujarnya.
Hakikatnya tegas beliau  sudah terang lagi bersuluh slogan ‘pakatan harapan rakyat’, ‘demi kesejahteraan rakyat’, ‘kerajaan rakyat’ dan pelbagai slogan lagi yang bertemakan rakyat hanyalah satu retorik.
Jelasmya lagi, sekiranya kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan seperti ini sudah pasti pembangkang akan teruk ‘membelasah’ kerajaan kononnya makan duit rakyat.
“Tetapi apabila mereka yang membuat perkara sebegini tanpa memikirkan rakyat semuanya ‘ok’. Apa relevannya kenaikan melampau sebegini?” soalnya lagi.
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bermula 1 Januari depan gaji YB di negeri tersebut dinaikkan setelah usul yang dibawa oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dipersutujui sebulat suara dalam sidang DUN semalam.
Pengumuman ini bakal menyaksikan gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

No comments:

Post a Comment