Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal diadakan bermula 2 – 7 Disember depan adalah platform terbaik kepada ahli-ahli UMNO untuk berkumpul dan mencambahkan idea bagi memastikan parti terus kuat dan kekal utuh, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.
Katanya, selepas UMNO melalui Pilihan Raya Umum ke-13 dan pemilihan pemilihan parti maka tentunya anggota parti melalui perwakilan mereka mempunyai banyak idea dan perkara-perkara baru yang ingin dilontarkan.
“Inilah ruang dan peluang kepada anggota parti untuk menimba pandangan-pandangan yang bersilang bagi dibawa balik ke tempat masing-masing kelak dan diperbincangkan bersama anggota mereka di akar umbi,” katanya.
Ujarnya, sebagai perwakilan yang hadir maka menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk membawa ilmu baru yang akan dapat memberi manfaat kepada ahli UMNO keseluruhannya.
“Kita mengharapkan agar perkumpulan ini akan menjadi medan bagi memastikan kekuatan dan kekukuhan UMNO untuk kelangsungannya kepada generasi akan datang,” katanya lagi.
Beliau yang terpilih menjadi mengisi kepimpinan MT untuk sesi 2013-2016 juga turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada akar umbi iaitu pimpinan di peringkat cawangan dan bahagian yang memberi peluang kepada beliau untuk menjadi kumpulan yang boleh memberikan pandangan, pendapat dan kekuatan kepada parti.
No comments:
Post a Comment