Nuffnang Ads

Saturday, 16 November 2013

Orang Muda Tidak Akan Percaya Kepada Parti Yang Banyak Masalah – MBM

Pengerusi Majlis Belia Malaysia,  Muhammad Maliki Muhammad Rafa’e melihat kepimpinan parti pembangkang khususnya PKR belum menjamin orang muda untuk menyokong mereka secara total.
Justeru beliau berpandangan apa yang berlaku di dalam PKR hari ini menambahkan lagi ketidakpercayaan golongan itu yang tentunya mengharapkan sebuah parti yang stabil dan bukannya penuh dengan masalah.
“Sebenarnya bukan sahaja kepercayaan orang muda malah kepercayaan rakyat secara keseluruhannya terhadap PKR sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini adalah cukup rapuh.
anwar-ibrahim-rasuah-kroni-pecah-amanah-liwat
“Kenapa saya katakan begitu…..mereka yang menyokong PKR tidak semestinya yakin dengan parti tersebut. Adakalanya disebabkan oleh perasaan ingin mencuba dan sebagainya.
“Namun akhirnya mereka dapat melihat bagaimana sebuah parti yang bermasalah hinggakan pemimpinnya bukan setakat seorang dua malah lebih daripada itu meninggalkan parti tersebut. Jika diteliti, mereka yang berada dalam kumpulan awal telah pun berhijrah dan yang ada hari ini adalah lapisan baru,” katanya.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah krisis terbaru di Sabah menunjukkan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) jauh meninggalkan parti tersebut termasuklah rakan-rakan sekutunya yang lain dari segi rekod.
nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi
Tegasnya bagaimana kepercayaan rakyat boleh melekat di dalam hati masing-masing setelah apa yang berlaku di depan mata dapat disaksikan secara umum tanpa berselindung hari ini.
“Tambahan pula di kalangan orang muda…..bagi saya kepimpinan mereka bermula daripada atas hinggalah ke bawah tidak cukup untuk meyakinkan orang muda. Sekadar bercakap tu bolehlah.
“Berbanding dengan kerajaan yang ada hari ini, macam-macam dah dirancang dan dilaksanakan untuk orang muda. Pembangunan sukan, perumahan, pencarian kerja dan macam-macam.
“Itulah yang saya katakan tadi. Kepimpinan PKR termasuklah rakan sekutunya yang lain belum dapat memberi keyakinan sepenuhnya kepada orang muda di negara ini. Dengan krisis terbaru, tentunya menghakis saki-baki kepercayaan yang ada,“ ujarnya.

No comments:

Post a Comment