Nuffnang Ads

Saturday 16 November 2013

CEC DAP tertangguh lagi?...

CEC Tak Sah, Bagaimana DAP Nak Adakan Konvensyen?

DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan. Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6), konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Bagaimanapun, DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC. Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan.
Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.
Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi. Pun begitu, DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya.

HA! HA! HA! .....Inilah jadinya bila pandai cakap dan tunding jari kepada orang lain ...semuanya orang lain punya salah..akhirnya diri sendiri terjerat dengan akar umbi sendiri.... 

No comments:

Post a Comment