Nuffnang Ads

Saturday 16 November 2013

MALAYSIA DESTINASI PELANCONGAN TERKENAL DI ASIA


 Malaysia destinasi pelancong popular di Asia

Malaysia diiktiraf sebagai Destinasi Pelancong Paling Popular di Asia berdasarkan keputusan satu kaji selidik Top 10 baru-baru ini.

Anugerah bagi pengiktirafan itu disampaikan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz pada Top Asia Corporate Ball 2013 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Pada majlis itu, pengasas Tropicana Corporation Bhd Tan Sri Danny Tan menerima anugerah Ikon Perniagaan Asia Paling Menonjol; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes (Ikon Personaliti Korporat Asia Paling Berpengaruh) dan Raja Cantopop dari Hong Kong Alan Tam (Role Model Artis Asia bagi sumbangan terhadap industri muzik Cina).

Turut menerima anugerah ialah 20 lagi termasuk individu serta organisasi korporat seperti Datuk David Arumugam (Legenda Muzik) dan Syarikat Prasarana Negara Malaysia Bhd (Penyedia Perkhidmatan Pengangkutan Awam Terbesar Malaysia).

No comments:

Post a Comment