Nuffnang Ads

Tuesday 19 November 2013

Cukup Beranikah Pemuda Pas Bertindak Terhadap Karpal, DAP Atau Sekadar Amaran?

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menimbulkan persoalan apakah pimpinan Pas termasuk Dewan Pemudanya mempunyai keberanian untuk menekan Penasihat DAP, Karpal Singh agar memohon maaf berhubung kontroversi yang berlaku di dalam pakatan berkenaan.
Malah beliau ingin melihat sejauh mana keberanian Pemuda Pas selepas tempoh lima hari yang diberikan oleh Naib Ketua Dewan Pemudanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob sekiranya Karpal enggan berbuat demikian.
“Pada saya tempoh lima hari itu pun sudah pun cukup lambat… Sepatutnya daripada awal lagi perkara ini berbangkit dan ditegaskan oleh pimpinan Pas. Ini bagi lagi masa kepada Karpal untuk memohon maaf atas apa yang berlaku itu.
“Jangan nanti sekadar amaran semata-mata dan perkara itu berlalu begitu sahaja. Jika ini berlaku dan jika ini senarionya nanti, Pas janganlah salahkan sesiapa jika mereka akan dipandang dengan harga yang cukup rendah. Ini melibatkan soal parti dan bukan perkara main-main,“ katanya di sini hari ini.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.
Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai hari ini.
Mengulas lebih lanjut Datuk Shabudin seterusnya menambah Pemuda Pas jangan hannya sekadar menjadi jurucakap tetapi sebaliknya memerlukan satu keberanian dalam usaha mempertahankan maruah parti.
“Jangan hanya sekadar jadi jurucakap….Selepas lima hari tempoh yang diberikan berlalu apa pula tindakan yang bakal diambil dan sebagainya. Itulah yang kita ingin lihat dan ingin kita tengok. Mampukan Pemuda Pas berdepan Karpal Singh.
“Tambahan pula bukankah mereka mengatakan mempunyai salinan cakera padat mengenai dengan apa yang berlaku itu. Apa pun kita tengok dalam tempoh lima hari ini,“ ujarnya.
Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.
Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

No comments:

Post a Comment